PETIKAN BERITA HARIAN
W a n i t a berkurung malu berat badan cecah 230kg
Oleh Zuliaty Zulkiffli
![]() |
ALOR STAR: Suzana Md Noor, yang mempunyai berat badan 230 kilogram (kg) mengambil keputusan untuk berkurung di dalam rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, dekat sini, sejak 2004 kerana malu. Suzana, 30, berkata dia juga tidak boleh berjalan kerana sakit kaki akibat badan yang terlalu berat menyebabkan dunianya hanya di dalam rumah setiap hari. Dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membantu ibunya, Saadiah Murad, 47, menjual kuih di pekan Kuala Kedah setiap hari dengan pendapatan sekitar RM10 sehari. Suzana kini hampir berputus asa untuk berusaha menurunkan berat badannya apabila pelbagai usaha, termasuk membeli produk pelangsing badan sehingga sudah mencecah RM10,000 sejak lebih 20 tahun lalu, tidak berhasil. "Ibu berusaha menyimpan wang untuk membantu membeli produk pelangsing badan, tetapi akhirnya saya tidak dapat membantu ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya. Bapanya sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan. Suzana tidak dapat bekerja hanya bergantung kepada dua adik lelakinya untuk menghantar wang setiap bulan. Suzana berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah kerana tidak dapat berjalan dan hanya bergerak ke bilik air untuk mandi. "Seumur hidup, saya tidak pernah memakai seluar atau kemeja-T seperti orang lain. Saya hanya berbaju kurung, walaupun di rumah selain terpaksa menggunakan enam meter kain untuk membuat sepasang baju kurung," katanya. Dia yang memiliki ukur lilit pinggang kira-kira 160 sentimeter itu turut mengalami penyakit selulit yang kronik menyebabkan kaki kirinya bernanah. "Ketika bersekolah, berat saya hanya 150kg, tetapi ia semakin naik sehingga hari ini iaitu 230kg menyebabkan saya tidak larat untuk bergerak terlalu banyak," katanya. Suzana berkata, dia juga tidak berdaya bersenam kerana sukar bergerak. Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menimbang berat badan, tetapi alat penimbang yang dibelinya kerap patah menyebabkan dia sedih. |
Kata Suzana, dia juga sukar untuk ke hospital mendapatkan pemeriksaan kerana tidak berdaya untuk berjalan jauh ke stesen bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain sukar untuk masuk dalam kereta. "Saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din untuk membantu mengatasi masalah saya alami dan berharap dapat mencapai impian itu," katanya. Sementara itu, Dr Che Rozmey menyampaikan sumbangan produk pelangsingan badannya untuk membantu Suzana mendapatkan berat badan yang diimpikannya sebelum ini. Beliau berkata, kegemukan yang dialami Suzana berkemungkinan akibat keturunan dan beliau menjangkakan berat badan Suzana boleh turun antara 20kg hingga 30kg sebulan dengan diet yang diberinya itu. |
|
***********************************************************************************************************************************
BERITA TERKINI !!
25 hari - turun 30kg
ambil 2 peket sehari JUS DIET MATE 5...
Utara: Suzana tak malu
lagi keluar rumah
Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che RozmeyKUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi."Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah."Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari."Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain," katanya.Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu. |
|
| "Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak."Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya," katanya.Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal."Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami," katanya. | |